Friday, April 1, 2011

Siri 1 Gua Budak Hutan

Gua ingat tarikh mendaftar sebagai mahasiswa di UPM, 7 Jun 2000.

Sebenarnya gua pernah beberapa kali ke UPM sebab sepupu gua belajar di sana juga. Cuma gua biasa hantar dia balik ke kolej pada waktu malam jadi gua tak cam sangat kampus tu macam mana.

Masa tu budak-budak hutan diletakkan di satu kolej yang sama, Kolej Matrikulasi a.k.a. KOMAT. Kolej tu dah dikosongkan sebab Kementerian ambil alih program matrikulasi. Jadi sedikit sebanyak gua dah kenal budak-budak hutan ni dari kolej lagi. Tapi masa tu yang ada mungkin sekitar 90 orang sebab ramai juga yang tolak tawaran tu rasanya.

Gua ingat masa minggu orientasi tu ada lawatan ke fakulti. Tapi oleh kerana sistem bermasalah, maka budak-budak hutan masa tu tak dapat mendaftar subjek. Perkara ni telah mendatangkan masalah kemudian. Yang gua ingat masa awal tu kami hanya dengar cerita sejarah dan bidang-bidang yang ditawarkan oleh fakulti. Kemudian, kami diperkenalkan dengan AJK Peratuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan (PERMAI HUTAN). Masa tu semangat gila gua tengok budak-budak ni bila senior tawarkan nota-nota mereka untuk dibuat salinan. Kalau tengok masa tu confirm-lah semua dapat 4 flat.

Semester 1 tu budak-budak tak ambil subjek di Fakulti Perhutanan. Subjek Diploma tahun 1 yang gua ingat ialah Kimia Organik, Biologi 1, Kalkulus Awalan, Kenegaraan Malaysia, Tamadun Asia dan Tamadun Islam. Semua subjek luar fakulti. Tapi sesekali ada yang rajin ke fakulti membaca notis dan maklumat berkaitan.

Tak lama lepas tu ambilan kedua masuk. Yang gua terkejut masa ambilan kedua ni ialah selepas bagi salam solat Asar di surau KOMAT, gua ternampak abang gagah Mat Nizar bersolat di saf belakang tak jauh dari gua. Ceh, mamat ni dulu sama sekelas dengan gua masa darjah 6 dan tingkatan 5. Nampaknya hidup gua ditakdirkan bersama mamat ni sampai ke universiti, haha. Tapi yang gua ingat masa di sekolah dia memang pernah bagitau cikgu nak jadi Pegawai Pertanian. Kira dah dekatlah tu. Gua memang tak ada cita-cita nak terlibat dalam hal-hal berkaitan ni sejak azali lagi.

Sebenarnya gua nak cerita pasal panggilan untuk pelantikan Jawatankuasa Kem Perhutanan Diploma tahun 2000. Masa pemilihan Kem Perhutanan tu, gua dicalonkan untuk jadi Penghulu oleh Mat Khairul Izani, budak Ganu kalau tak silap gua. Mamat ni dulu tinggi dan kira kategori abang hensem la. Entah ke mana dia sekarang ni. Last gua dengar dia kahwin dengan awek lebih tua dari dia hasil kejayaan mengorat di tingkap kolej 12 ke 14 entah dulu.

Balik cerita pemilihan Penghulu Kem Perhutanan, seorang lagi yang dicalonkan ialah Mat Nizar ni la. Pendek kata gua dicalonkan oleh set ambilan pertama sementara Mat Nizar ni dicalonkan oleh set ambilan kedua. Yalah, logiknya begitu. Puak ambilan pertama kenal gua, puak ambilan kedua kenal Mat Nizar. Tapi takdir dah menjelaskan yang gua lebih hensem dan nampak lebih lasak (sebab gua pakai baju bola Perlis dan seluar jeans yang lusuh dan kaki berbulu sikit petang tu ditambah rambut yang agak panjang) berbanding Mat Nizar yang seperti lazimnya seorang Clark Kent.

Akhirnya gua terpilih. Seperti biasanya kemalasan budak-budak muda, Nizar terus dipilih sebagai Timbalan Penghulu. Seingat gua Wani jadi Penghuluwati, Anep Gomok jadi AJK Makanan, Daha AJK Keselamatan (sebab dia claim dia aktif Pengakap) dan Qozek jadi AJK Sukan sebab dia suka main bola di kolej. Lain-lain dalam senarai AJK ni tak silap gua Ana Bedui (boleh lak gua nak tertulis Ana Comel, haha!), Dora dan siapa lagi ya?

Masa tu kumpulan telah diagihkan oleh fakulti jadi masing-masing kena pasrah. Ada 13 kumpulan tak silap gua. Nama lelaki yang paling atas dalam setiap agihan tu automatik jadi ketua kumpulan. Maka, bermulalah kesibukan sebagai budak hutan dalam hal-hal yang berkaitan perhutanan.

Nanti gua sambung lagi cerita ni, berdasarkan versi gua. Lu kalau ada versi sendiri lu tulislah ok?

Perawi sahih untuk kisah ini ialah gua, Amin Ahmad

1 comment:

  1. baru je aku nak bg cadangan tukar lay out warna hijau..baru sesuai....

    ReplyDelete