Blog ini dibangunkan untuk menjejak semua budak-budak Diploma Perhutanan, UPM ambilan tahun 2000 di samping untuk merekodkan kenangan bersama serta mengemaskini perkembangan masing-masing. Sebahagian yang direkodkan adalah 'real' dan sebahagian lagi adalah 'nasi tambah' untuk mengenyangkan pembaca.
Friday, April 1, 2011
Kongsi Cerita dan Gambar
Salaam. Rahmang ada tanya macam mana dia nak menulis di sini. Macam gua bagitau sebelum ni, akaun blog ni gua daftar atas e-mel peribadi gua. Tapi sistem blog ni sebenarnya boleh ditulis bersama. Caranya? Gua minta kawan-kawan tinggalkan alamat e-mel di FB gua atau di ruang komen blog ini. Kalau tinggal di blog ni gua harap tanda @ tu digantikan dengan (at) supaya kawan-kawan tak kena spam dengan sesiapa. Gambar boleh dimuat-naik bersama tulisan kita di sini. Di samping itu, ada gadget yang boleh jadikan gambar-gambar yang banyak tu sebagai satu persembahan powerpoint. Yang tu lu jangan risau dulu. Nanti dah bagi e-mel dan gua dah masukkan sebagai co-author, lu boleh jelajah sistem blog yang pada gua dah banyak dimudahkan untuk mereka yang tak berapa mahir.
Siri 1 Gua Budak Hutan
Gua ingat tarikh mendaftar sebagai mahasiswa di UPM, 7 Jun 2000.
Sebenarnya gua pernah beberapa kali ke UPM sebab sepupu gua belajar di sana juga. Cuma gua biasa hantar dia balik ke kolej pada waktu malam jadi gua tak cam sangat kampus tu macam mana.
Masa tu budak-budak hutan diletakkan di satu kolej yang sama, Kolej Matrikulasi a.k.a. KOMAT. Kolej tu dah dikosongkan sebab Kementerian ambil alih program matrikulasi. Jadi sedikit sebanyak gua dah kenal budak-budak hutan ni dari kolej lagi. Tapi masa tu yang ada mungkin sekitar 90 orang sebab ramai juga yang tolak tawaran tu rasanya.
Gua ingat masa minggu orientasi tu ada lawatan ke fakulti. Tapi oleh kerana sistem bermasalah, maka budak-budak hutan masa tu tak dapat mendaftar subjek. Perkara ni telah mendatangkan masalah kemudian. Yang gua ingat masa awal tu kami hanya dengar cerita sejarah dan bidang-bidang yang ditawarkan oleh fakulti. Kemudian, kami diperkenalkan dengan AJK Peratuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan (PERMAI HUTAN). Masa tu semangat gila gua tengok budak-budak ni bila senior tawarkan nota-nota mereka untuk dibuat salinan. Kalau tengok masa tu confirm-lah semua dapat 4 flat.
Semester 1 tu budak-budak tak ambil subjek di Fakulti Perhutanan. Subjek Diploma tahun 1 yang gua ingat ialah Kimia Organik, Biologi 1, Kalkulus Awalan, Kenegaraan Malaysia, Tamadun Asia dan Tamadun Islam. Semua subjek luar fakulti. Tapi sesekali ada yang rajin ke fakulti membaca notis dan maklumat berkaitan.
Tak lama lepas tu ambilan kedua masuk. Yang gua terkejut masa ambilan kedua ni ialah selepas bagi salam solat Asar di surau KOMAT, gua ternampak abang gagah Mat Nizar bersolat di saf belakang tak jauh dari gua. Ceh, mamat ni dulu sama sekelas dengan gua masa darjah 6 dan tingkatan 5. Nampaknya hidup gua ditakdirkan bersama mamat ni sampai ke universiti, haha. Tapi yang gua ingat masa di sekolah dia memang pernah bagitau cikgu nak jadi Pegawai Pertanian. Kira dah dekatlah tu. Gua memang tak ada cita-cita nak terlibat dalam hal-hal berkaitan ni sejak azali lagi.
Sebenarnya gua nak cerita pasal panggilan untuk pelantikan Jawatankuasa Kem Perhutanan Diploma tahun 2000. Masa pemilihan Kem Perhutanan tu, gua dicalonkan untuk jadi Penghulu oleh Mat Khairul Izani, budak Ganu kalau tak silap gua. Mamat ni dulu tinggi dan kira kategori abang hensem la. Entah ke mana dia sekarang ni. Last gua dengar dia kahwin dengan awek lebih tua dari dia hasil kejayaan mengorat di tingkap kolej 12 ke 14 entah dulu.
Balik cerita pemilihan Penghulu Kem Perhutanan, seorang lagi yang dicalonkan ialah Mat Nizar ni la. Pendek kata gua dicalonkan oleh set ambilan pertama sementara Mat Nizar ni dicalonkan oleh set ambilan kedua. Yalah, logiknya begitu. Puak ambilan pertama kenal gua, puak ambilan kedua kenal Mat Nizar. Tapi takdir dah menjelaskan yang gua lebih hensem dan nampak lebih lasak (sebab gua pakai baju bola Perlis dan seluar jeans yang lusuh dan kaki berbulu sikit petang tu ditambah rambut yang agak panjang) berbanding Mat Nizar yang seperti lazimnya seorang Clark Kent.
Akhirnya gua terpilih. Seperti biasanya kemalasan budak-budak muda, Nizar terus dipilih sebagai Timbalan Penghulu. Seingat gua Wani jadi Penghuluwati, Anep Gomok jadi AJK Makanan, Daha AJK Keselamatan (sebab dia claim dia aktif Pengakap) dan Qozek jadi AJK Sukan sebab dia suka main bola di kolej. Lain-lain dalam senarai AJK ni tak silap gua Ana Bedui (boleh lak gua nak tertulis Ana Comel, haha!), Dora dan siapa lagi ya?
Masa tu kumpulan telah diagihkan oleh fakulti jadi masing-masing kena pasrah. Ada 13 kumpulan tak silap gua. Nama lelaki yang paling atas dalam setiap agihan tu automatik jadi ketua kumpulan. Maka, bermulalah kesibukan sebagai budak hutan dalam hal-hal yang berkaitan perhutanan.
Nanti gua sambung lagi cerita ni, berdasarkan versi gua. Lu kalau ada versi sendiri lu tulislah ok?
Perawi sahih untuk kisah ini ialah gua, Amin Ahmad

Tuesday, March 29, 2011
Cerita gua

Meriahkan...
Nampaknya ramai belum mengundi di 'poll' yang disediakan. Masa ada lagi untuk berfikir. Elok juga tidak mengundi lebih awal kerana kita mungkin ada perancangan lain nanti.
Kali ini aku nak berkisah pasal blog ini pula.
Blok ini tujuannya sedikit berbeza dengan Group Geng Budak Hutan di FB. Tujuan blog ini juga adalah pelbagai dan secara ringkasnya ialah untuk:
01. Menjadi pengkalan data kawan-kawan. Justeru, aku harap kawan-kawan boleh hantar sedikit maklumat berkaitan seperti gambar, nama penuh, nama panggilan (jika ada), dulu buat pengkhususan dalam bidang apa, sekarang tinggal di mana, e-mel atau nombor untuk dihubungi dan sedikit cerita perkembangan selepas bergraduat khususnya berkaitan kerjaya dan status hidup.
02. Menjadi ruang berkongsi kisah lama dan terkini. Label dalam setiap tulisan ini nanti akan dipecahkan mengikut kesesuaian. Macam tulisan ini aku masukkan di bawah label Panduan kerana ia memang bertujuan untuk itu. Label-label ini nanti korang boleh tengok di sebelah tepi blog ini. Senang nak buat carian semula bila perlu.
Babai!

Monday, March 28, 2011
Selepas sedekad

Salaam.
Terima kasih buat rakan-rakan yang berkunjung ke sini. Selepas bersama sejak tahun 2000 sebelum kemudiannya masing-masing memilih haluan hidup sendiri - ada yang menyambung pengajian, ada yang bekerja di pelbagai sektor dan sebagainya, 2011 menandakan bermulanya dekad kedua pengenalan kita.
Kekalkan persahabatan
Daripada sembang santai (sebagaimana selalunya!), selaku Penghulu kepada budak hutan Diploma ambilan tahun 2000, aku ingin memanjangkan hubungan kita semua dalam bentuk baru, mengambil kira perkembangan masing-masing - yang berhijrah ke merata alam disebabkan tuntutan hidup di samping ada yang telah berkahwin.
Bentuk baru yang aku maksudkan ini ialah medium mengekalkan perhubungan sesama kita. Langkah awal yang telah diambil ialah mewujudkan Group Geng Budak Hutan di laman Facebook. Terima kasih kerana dalam tempoh kurang 24 jam kita telah berjaya mendapatkan sekitar 100 orang rakan-rakan di sana. Sebagai ingatan, ambilan Diploma Perhutanan tahun 2000 hanyalah sekitar 150 orang, jika tak silap 157 orang semuanya. Ini bermakna, kita telah berjaya menjejak semula sekitar 2/3 daripada jumlah penuh yang ada. Pada aku ini satu kejayaan bersama, tahniah! Dan blog ini juga adalah satu inisiatif untuk mengemaskini maklumat.
Perjumpaan semula
Untuk makluman, pada bulan 6 ini akan diadakan satu 'mini gathering' untuk membina momentum kepada 'reunion' sebenar pada hujung tahun nanti. Justeru, aku letakkan satu 'poll' di ruang tepi blog ini untuk membolehkan rakan-rakan mengundi tarikh yang sesuai untuk 'mini gathering ' ini. Konsepnya mudah - datang sendiri, keluar belanja sendiri dan uruskan diri sendiri. Cadangan aktiviti pada hari tersebut ialah pertandingan bowling dan makan-minum. Acara tambahan bersifat pilihan kepada yang berminat ialah sesi suara sumbang - karaoke. Dengan semangat diktator Hitler, aku melantik Rahmang sebagai Pengarah bidan terjun bagi mini gathering ini. Timbalan Pengarah pula ialah Anep Gomok.
Tugas mereka ialah mengesahkan tarikh berdasarkan 'poll' yang aku buat (tempoh mengundi ialah sampai 14 Mei 2011). Tugas kedua ialah mengesahkan penyertaan. Kalau cukup ramai kita perlu tempah gelanggang bowling tu.
'Mini gathering' ini berbeza dengan 'reunion' dalam konteks pengurusan kerana nanti akan diputuskan berapakah kos untuk menghadiri 'reunion' yang lebih lama iaitu sekitar 24 jam dan akan dibuat pada hujung minggu. Semasa 'reunion', kita akan mendaftar penginapan pada hari Sabtu dan aktivitinya bermula petang sehingga lewat malam tersebut. Pada hari Ahad sekitar jam 10 program akan ditamatkan supaya rakan-rakan yang perlu memandu jauh untuk balik ke destinasi masing-masing boleh bergerak lebih awal.
Itu saja untuk kali ini. Akan datang aku tulis lagi. Buat masa ni aku bentukkan blog ini secara santai dulu. Akan datang nanti aku akan pindahkan milikan blog ini daripada akaun peribadi ke akaun bersama supaya masing-masing boleh menulis di sini. Sementara itu minta maaflah sebab Tentang Kami tu terpapar muka aku yang macam 'best' tu.
Jika ada sebarang cadangan tambahan untuk 'mini gathering' bulan 6 ini, sila kemukakan di Group Geng Budak Hutan dalam FB nanti. Yang berminat nak memainkan peranan aktif sebagai penggerak sangat dialukan dan boleh berhubung dengan Rahmang dan Anep.
Sekian, terima kasih.
* Sembang santai dalam cerita di atas melibatkan aku, Anep, Chomel dan Rahmang. Chomel dah sukarela menjadi Pengarah Reunion hujung tahun sebab tu selamba aku petik Anep dan Rahmang uruskan mini gathering.
Subscribe to:
Posts (Atom)